Selamat Tinggal EU - Britain Keluar Dari EU

London: Britain memilih untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas undian referendum bagi menentukan keanggotaan negara itu dikira, hari ini.
Dalam keputusan akhir menurut BBC, kira-kira 17.4 juta atau 51.9 peratus pengundi memilih untuk ‘Keluar’ manakala 16.1 juta (48.1 peratus) ingin ‘Kekal’.

Kira-kira 71 peratus daripada jumlah pengundi keluar mengundi dalam referendum yang diadakan di negara itu.



Penyokong 'Leave Eu' menyorak ketika keputusan diumumkan pada majlis meraikan referendum itu di London - Foto AFP
Keputusan itu turut menyebabkan nilai mata wang Sterling menurun kepada tahap paling rendah dalam 30 tahun.

Referendum yang diadakan semalam meminta rakyat memilih sama ada United Kingdom terus menjadi anggota EU atau meninggalkannya.

EU dibentuk dalam usaha mengeratkan penyatuan dan keamanan berpanjangan selepas dua perang dunia.

Rujukan: HarianMetro

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments