Tak Dapat Jawab 1 Soalan Matematik, Pelajar Ini Dirembat Dengan Wayar Elektrik

3_2

Sumber: HMetro Oleh: Aimi Nordin

Hanya disebabkan seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun gagal menjawab satu soalan Matematik dari gurunya, dia disebat hingga birat menggunakan wayar elektrik.

Xiao Yong, dari Shiyan China bersekolah rendah di sebuah kampung di wilayang Hubei disebat gurunya pada 17 Jun lalu.

Gurunya Yue meminta Xiao menjawab satu soalan matematik di papan hitam kerana muridnya itu dapat markah paling rendah dalam peperiksaan. Bagaimanapun, Xiao tak mampu menjawab soalan tersebut dengan betul dan menimbulkan kemarahan Yue. Yue kemudian mengambil satu wayar elektrik dan menyebat badan Xiao beberapa kali.

Keluarga Xiao terkejut melihat badan anaknya dan terus membawanya ke hospital dan dirawat selama 3 hari sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Pegawai biro pendidikan wilayah tersebut memberitahu bahawa guru matematik berusia 50-an itu mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga yang dihadapinya.

“Guru berkenaan itu sudah meminta maaf kepada keluarga mangsa tetapi siasatan terhadapnya tetap dijalankan,” ujarnya.

9_3

4_2



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments