[Video] Prank Gagal, Kepala Tersangkut Dalam Kostum Barney

barney-head-stuck__oPt

Nak kenakan orang, sebaliknya dia yang terkena. Haha! 

Darby Risner, gadis berusia 15 tahun dari Alabama, Amerika Syarikat telah diselamatkan oleh anggota bomba selepas kepalanya tersekat di dalam kostum kepala Barney.

Darby menyarungkan kostum tersebut untuk mengenakan rakan-rakannya.

Walau bagaimanapun, gurauan itu tidak menjadi selepas kostum kepala Barney itu tergelincir ke bawah, menyebabkan separuh daripada bahunya berada di dalam kepala Barney tersebut.

Rakan-rakan Darby cuba membantunya dengan menarik kostum itu, namun gagal.

Rinser kemudiannya dibawa ke sebuah balai bomba di Alabama. Pihak bomba terpaksa memotong sebahagian kostum kepala Barney untuk mengeluarkannya.

Difahamkan, Darby telah terperangkap di dalam kostum itu selama 45 minit. 

Ahli keluarga Darby telah memuat naik video insiden ini di aplikasi Twitter dan sehingga kini post tersebut telah di retweet lebih dari 2,000 kali. 

lvbarney23n

Screen Shot 2016-06-24 at 9.36.18 AM

HT_darby_risner_barney_head_6_jt_160621_4x3_992

HT_darby_risner_barney_head_1_jt_160621_4x3_992

barney

Sumber: 9news.com.au

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments