Punca Perodua Alza terbabas masuk restoran nasi kandar

Keadaan Perodua Alza yang terbabas dan merempuh masuk ke restoran
GEORGETOWN - Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dipandu seorang lelaki terbabas ke dalam restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa di Jalan Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang, malam ini.

Dalam kejadian 11 malam itu, pemandu berusia 26 tahun terbabit dikatakan cuba mengelak sebuah motosikal sebelum hilang kawalan lalu masuk ke dalam restoran terbabit.


Menurut sumber, ketika itu ada beberapa pelanggan sedang menjamu selera, namun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi dan MPV terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian depan. Pemandu terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments