8 PATI Indonesia ditahan di Pulau Ketua

KLANG: Lapan warga Indonesia yang cuba masuk ke negara ini secara haram melalui Pulau Ketua, di sini, ditahan sepasukan Polis Marin pada petang Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail, berkata anggota pasukan itu memeriksa sebuah bot Pom Pom Indonesia yang mencurigakan di perairan Pulau Ketam ketika menjalankan 'Op Landai'.

"Hasil pemeriksaan dalam bot tidak bernombor itu, anggota polis Marin mendapati lima lelaki dan tiga perempuan warga Indonesia berusia antara 23 hingga 37 tahun.

"Mereka cuba masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan, tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. 

"Polis Marin turut menahan seorang tekong dan dua awak-awak dalam bot itu," katanya dalam satu kenyataan.

Rosman berkata, semua pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama tekong dan awak-awak ditahan dan dibawa ke Jeti Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut. 

"Mereka ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan sah," katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments