Rohingya: Ada unsur genosid dalam serangan terancang Myanmar

GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bersatu bagi Hak Asasi Manusia, Zeid Ra'ad Al Hussein, berkata Myanmar memang merancang serangan terhadap etnik Rohingya.

Katanya, serangan itu yang menyebabkan lebih 650,000 etnik itu melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos lalu, jelas menunjukkan wujudnya unsur 'pembunuhan beramai-ramai'.

"Bagi kami, operasi ini nyata dirancang," katanya dalam temubual mengenai kemelut di wilayah Rakhine itu.

"Anda tidak boleh menidakkan kemungkinan ia jenayah pembunuhan beramai-ramai, baik sudah yang sudah berlaku mahupun diramal terjadi." - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments