CEO Dengan Bayaran Tertinggi Di US Orang Malaysia Rupanya

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Mungkin namanya agak kurang disebut dalam kalangan orang biasa sebab beliau bukan selebriti. Tetapi, kejayaannya seharus diceritakan kepada semua orang. Bayangkan, daripada keluarga yang susah tapi sekarang menjadi seorang CEO kepada sebuah syarikat mencipta cip komputer. Beliau juga disenarai sebagai CEO yang menerima bayaran tertinggi di Amerika Syarikat.

Hock Tan dilahirkan di Pulau Pinang dalam keluarga yang susah. Ibu dan ayahnya tidak dapat membiayai persekolahannya ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi, Tan tidak berputus asa. Beliau belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh biasiswa untuk menyambung pelajaran di Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Dengan biasiswa tersebut, beliau belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi orang penting dalam beberapa buah syarikat. Dan sekarang beliau menjadi CEO kepada sebuah syarikat yang agak besar di Amerika Syarikat iaitu, Broadcom.

Tan yang berumur 66 tahun kini mempunyai tiga orang anak. Dua daripadanya mengalami autism. Tan menggunakan kekayannya untuk menderma kepada institute yang menjalani kajian tentang autism sebanyak $20 juta.

Pada tahun 2017, Tan pernah bercakap di sebelah Donald Trump berkenaan syarikatnya yang berpindah ke Amerika. Kesungguhan Tan ini seharusnya dicontohi oleh semua orang.

Sumber: San Diego Union Tribune

Previous PostPreviousNext PostNext

0 Response to CEO Dengan Bayaran Tertinggi Di US Orang Malaysia Rupanya

Post a Comment