Seluar Dalam Boleh Bagi Maklumat Tentang Kesuburan Tanah? Biar Betul!

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Korang percaya tak seluar dalam yang dipakai tu boleh bagitahu kita sama ada tanah itu subur atau tidak? Dan ada peladang yang menggunakan teknik menanam seluar dalam untuk memastikan tanah tersebut sesuai untuk tanaman atau tidak.

Perkara ini benar-benar berlaku di Scotland di mana para peladang menanam seluar dalam di sekitar tanah mereka untuk mengenalpasti tahap kesuburan tanah tersebut. Awalnya, ramai yang pelik dengan ujian ini. Tapi, ramai yang terkejut setelah melihat hasil kajian tersebut selepas dua bulan.

Secara teorinya, seluar dalam yang diperbuat dari kapas itu akan dimakan oleh mikroba dan bakteria yang ada dalam tanah tu. Jadi, hipotesisnya semakin reput seluar dalam yang ditanam semakin subur dan elok lah tanah tu untuk sebarang tanaman.

Ujian ini dikenali sebagai Soil My Undies atau tanamlah sependaku mula dilancarkan di ladang-ladang di California. Tetapi, sekarang teknik ini dah mula dipakai di seluruh dunia. Haaa, korang pun kalau nak menanam mungkin boleh cuba teknik ni.

Sumber: bbc.com

Previous PostPreviousNext PostNext

0 Response to Seluar Dalam Boleh Bagi Maklumat Tentang Kesuburan Tanah? Biar Betul!

Post a Comment