Senarai Negara Yang Paling Banyak Cuti Umum Di Dunia

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Apabila sebut pasal cuti mesti semua orang akan excited. Mana tidaknya, waktu cuti ni lah kita ada masa dengan family. Kalau ikut waktu kerja, memang tak sempat nak ada masa. Tapi, kalau banyak cuti sangat pun tak berapa nak bagus sebab akan memberi kesan kepada ekonomi negara.
Jadi, hari ni kami nak kongsi dengan korang negara mana yang paling banyak cuti umum.

#1 Kemboja

Kemboja adalah negara paling banyak cuti umum iaitu 28 hari setahun. Kebanyakkan cuti umum ini adalah berkaitan dengan keagamaan. Kemboja juga menggunakan calendar trdisional Khmer yang mana menggunakan pergerakkan bulan. Tapi, mereka juga guna calendar macam kita untuk seragam dengan seluruh dunia. Tapi, cuti umum mereka berubah-berubah setiap tahun.

#2 Sri Lanka

Sri Lanka di tempat kedua dengan cuti umum sebanyak 25 hari. Ini adalah disebabkan mereka terdiri daripada pelbagai jenis etnik dan bermaca-macam jenis agama. JAdi, kalau satu agama tu meraikan hari-hari tertentu maka seluruh negara akan cuti. Lebih

#3 India dan Kazakhstan

India dan Kazakstan berkongsi tempat dengan purata cuti tahunan sebanyak 21 hari. 2 negara ini juga terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang diraikan.
Dan Malaysia di tangga yang ke 7 dengan cuti tahunan sebanyak 15 hari. Agak mengejutkan sebab Malaysia berkongsi tempat bersama Jepun, dan Sweden iaitu dua negara yang boleh dikatakan negara maju di dunia. Wow!

Sumber: World Atlas

Previous PostPreviousNext PostNext

0 Response to Senarai Negara Yang Paling Banyak Cuti Umum Di Dunia

Post a Comment