Pesawat Buat Pendaratan Cemas Gara-Gara Bau Badan Penumpang

Kalau sebelum ini ada kes penumpang bas ditahan polis gara-gara stokin berbau tapi kali ni pesawat mendarat cemas gara-gara bau badan seorang penumpang pula.

Sebuah pesawat Transavia dikatakan dalam perjalanan menuju ke pulau Gran Canaria terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas beberapa penumpang pengsan dan muntah-muntah di dalam penerbangan tersebut.

BACA: Penumpang Bas Ditahan Polis Gara-Gara Stokin Berbau

Krew penerbangan terpaksa mengasingkan lelaki itu dengan penumpang-penumpang lain. Lelaki itu ditempatkan di dalam tandas, sementara menunggu pesawat melakukan pendaratan cemas di Faro di selatan Portugal.

Difahamkan, pesawat itu dilencongkan di atas sebab-sebab perubatan dan bukan hanya faktor bau badan semata-mata. Namun tidak dinafikan badan lelaki itu memang betul berbau sedikit.

Sebaik mendarat, lelaki tersebut dikeluarkan dari pesawat sambil diiringi pegawai perubatan.

Sumber: mstar

Previous PostPreviousNext PostNext

0 Response to Pesawat Buat Pendaratan Cemas Gara-Gara Bau Badan Penumpang

Post a Comment