Scan Muka Pelajar Setiap 30 Saat Untuk Pantau Mereka

Pergh! Sampai macam ni sekali nak monitor prestasi para pelajar dan guru-guru mereka. Sekolah di Hangzhou, China menggunakan sebuah alat yang boleh mengimbas wajah pelajar setiap 30 saat untuk memastikan mereka memberi perhatian sepenuhnya di dalam kelas.

Sistem pengurusan tingkah laku pintar ini merupakan penyelesaian bagi memantau sikap, kelakuan atau gelagat setiap pelajar.

Terdapat tiga kamera berteknologi tinggi yang diletakkan di atas papan hitam yang sentiasa memberi maklumat kepada perisian berkuasa AI yang menganalisis ekspresi wajah dan kelakuan pelajar.

Menurut laporan media China, AI mampu mengesan tujuh emosi berbeza, termasuk neutral, gembira, sedih, kecewa, marah, takut dan terkejut, dan ia akan menghantar maklumat terus kepada guru untuk mereka mengambil tindakan jika ia mengesan sekiranya pelajar terganggu di dalam kelas. Maklumat yang dikumpulkan oleh sistem pengawasan juga boleh digunakan untuk menilai prestasi guru.

Setakat ini, ia hanya dipasang di sekolah ini di Hangzhou, tetapi jika hasilnya memuaskan, ia boleh dilancarkan di seluruh China.

Mungkin ada yang berpendapat ini merupakan satu perkara yang bagus, akan tetapi faktor tekanan dan keupayaan untuk menumpukan perhatian dalam keadaan stress perlu diambil kira. Dan lagi satu, masalah privasi.

Naib pengetua sekolah memberitahu media China selepas sebulan tempoh percubaan, pelajar telah mula membiasakan diri dengan sistem pengawasan tersebut. Bagaimanapun, pengguna media sosial di China masih sukar membiasakan diri dengan sistem baru tersebut.

Sumber
Previous PostPreviousNext PostNext

0 Response to Scan Muka Pelajar Setiap 30 Saat Untuk Pantau Mereka

Post a Comment