Derita Hilang Ingatan Setiap Hari

PAY-Jane-Tai-with-son-Sam

Imej dari mirror.co.uk

Di London, seorang remaja lelaki menghidap amnesia atau penyakit hilang daya ingatan selepas mengalami kecederaan otak semasa dia bermain ragbi.

Selepas insiden tersebut, Sam Tai, 17, menghadapi masalah mengingati benda-benda lama dan tempoh ingatannya juga  hanya bertahan selama 24 jam.

Sam juga tidak mengenali ibu dan bapanya serta gagal mengingati diri sendiri termasuk tarikh lahirnya.

“Setiap pagi saya perlu memaklumkan bahawa dia mempunyai seorang abang berusia 20 tahun, Dan, yang juga merupakan seorang pemain ragbi.

“Malangnya, pada keesokan harinya, dia tidak lagi mengenali abangnya sendiri menyebabkan saya terpaksa mengulangi perkara yang sama pada setiap pagi,” kata ibunya, Jane Tai.

Sumber: mirror.co.uk



via sumber

Post a Comment

0 Comments