JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Rabu meluluskan undang-undang hukuman mati sebagai hukuman maksimum terhadap perogol kanak-kanak selepas beberapa kes rogol dan pembunuhan kejam di negara ini mencetuskan kemarahan orang ramai.
Menurut Joko, pelaksanaan hukuman maksimum itu adalah bertujuan untuk mengatasi jenayah rogol kanak-kanak yang semakin meningkat.
Eno dirogol tiga lelaki, sebelum dipukul dan kemaluannya dirodok menggunakan batang cangkul |
“Kemasukan pindaan hukuman itu memberi ruang kepada hakim untuk memutuskan hukuman berat (kepada pesalah) sebagai langkah mencegah jenayah itu.
“Jenayah ini telah menjejaskan perkembangan kanak-kanak dan telah menganggu perasaan aman kita, keselamatan dan ketenteraman awam.
“Jadi, kami akan mengendalikan (pesalah) dengan cara yang luar biasa,” kata Joko seperti dilapor Reuters, semalam.
Pelaksanaan hukuman itu berikutan kejadian membabitkan pelajar perempuan berusia 14 tahun, Yuyun yang dirogol 14 lelaki dan dibunuh ketika pulang dari sekolah di Bengkulu, Sumatera, bulan lalu.
Terbaharu, kematian tragik seorang gadis berusia 18 tahun, Enno Fariha di Tangerang yang dirogol tiga remaja dan kemaluannya dirodok dengan batang cangkul juga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Joko berkata selain berdepan dengan hukuman mati, pesalah yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak dan mengulangi kesalahan yang sama juga berdepan dengan hukuman kembiri secara kimia, selain dipasang cip elektronik bagi mengesan pergerakan mereka.
“Keganasan seksual terhadap kanak-kanak adalah satu jenayah yang luar biasa.
“Peraturan ini bertujuan untuk mengatasi (seperti) kejadian (sebelum ini), di mana kita melihat peningkatan kes yang ketara,” kata Joko.
Bagaimanapun, seorang aktivis hak asasi memberi amaran terhadap keputusan pelaksanaan hukuman mati dan penggunaan kembiri secara kimia.
"Dalam kebanyakan kes (rogol) pelaku mengenali mangsa, dan hukuman ini begitu teruk bahawa ia boleh menggalakkan mangsa untuk melaporkan kes rogol,” kata Andreas Harsono, aktivis Human Rights Watch yang berpangkalan di New York.
Rujukan: Malaysiandigest
via sumber
0 Comments