Lelaki Muat Naik Status Dakwa Kaki Ibunya Disiat Doktor

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik akaun Facebook, Abdul Rahman Abdul Kadir telah memuat naik status bagi membalas status viral yang di muatnaik oleh seorang lelaki berkenaan isu doktor menyiat kaki ibunya.

Beliau yang juga pakar kecemasan di sebuah hospital telah memuat naik status bagi menjelaskan bahawa kaki ibu lelaki berkenaan sebenarnya menghidapi kuman pemamah daging.



“Pertanyaan tentang bagaimana saya tau ia adalah kuman pemamah daging sedangkan keputusan makmal cuma dapat semalam. Pertama sekali, saya adalah pakar kecemasan. Sakit mak dia ni adalah medical emergency yang kalau saya tak reti diagnose, elok saya resign dan buang degree saya dalam longkang.

“Untuk mendiagnose necrotizing fasciitis ni, mmg setakat klinikal dan spot diagnosis saja. Tengok saja dah boleh diagnose. Nak uji apa lagi? Lagi lama tunggu, lagi tinggi la risiko maut.” katanya dalam status di Facebook.

Ini ekoran daripada kenyataan lelaki tersebut yang mempertikaikan kenyataan beliau bahawa ibunya terkena kuman tersebut dan bukannya disiasat oleh doktor.

Tambah beliau lagi, lelaki tersebut perlu bertanya terlebih dahulu sebelum menjadikan isu tersebut viral di media sosial tanpa usul periksa.

“Tolong cakap kat mamat ni, bahawa dia semasa kecik berak dulu baru bukak seluar. Viral di facebook sedangkan kat depan mata ada begitu ramai petugas hospital yang lalu lalang.

“Buka mulut dan tanya. Bukan bukak mulut dan confirmkan keba.ngangan di media sosial,”ujarnya.

Status ini telah menarik perhatian netizen dan beberapa komen telah dimuatnaik.

“Di hospital tu tadak doktor dan nurse ka? Heran betul. Payah-payah sgt buat aduan. Borang aduan kan ada di hospital. Tp bg detail elok elok, sy rasa dah tentu-tentu Pengarah Hospital ambik perhatian. Bukan ada kesudahan pun kalau viral-viral macam ini,” ujar A’dilah Hamid.

“Anak pesakit tu yg ego dan emo.. nak memperbo.doh orang lain sedangkan sendiri nmpak bo.do bila diviral hingga kelangit,” kata Ankel Kamari Kent.

“Kejap nak tanya WARIS tu awak tak jaga mak awak kat hospital ke ? Tak duduk tepi katil dia tunggu ?? So macam mana awak tak tahu mak awak kene operate ???? Tu je soalan saya,” tulis Nur’Ain Sheikh Umar.

Rujukan: SuaraTv

via sumber

Post a Comment

0 Comments