Nyawa Penggemar Pizza Berjaya Diselamatkan Selepas 11 Hari Tidak Muncul Di Restoran Tersebut

340F269B00000578-3585731-image-m-129_1463002957141

Selepas 11 hari Kirk Alexander, 47, tidak muncul membeli pizza di Salem Domino’s Pizza, restoran tersebut telah menghantar seorang pekerja untuk memeriksa seorang lelaki yang juga pengunjung setia restoran itu di rumahnya.

Apabila pintu tidak dibuka dan panggilan telefon masuk ke peti simpanan suara, mereka memutuskan untuk menghubungi 911.

Setiba polis di rumah Kirk, mereka mendengar suara orang meminta tolong dari dalam rumah.

Kirk rupa-rupanya berdepan dengan masalah kesihatan sehingga boleh membawa maut, lalu dia dibawa ke hospital dengan segera.

3403F47D00000578-3585731-Sarah_Fuller_a_general_manager_at_a_Domino_s_Pizza_in_Salem_Oreg-m-142_1463003244687

Menurut pengurus restoran berkenaan, pekerja mereka berasa bimbang dan pelik apabila Kirk tidak muncul seperti biasa. Kirk menjadi pelanggan di restoran tersebut sejak tujuh yang lalu. Setiap hari, Kirk akan membeli makanan yang berlainan.

Sumber: Daily Mail



via sumber

Post a Comment

0 Comments