Sumber: Siakapkeli Oleh: Aimi Nordin
Kita mungkin pernah baca dari portal luar yang orang cantik boleh makan percuma atau orang yang bera melebihi 100kg boleh makan percuma kan. Tapi kali ni jika anda sanggup membaca dua juzuk Al-Quran, anda boleh makan secara percuma di warung milik Ricky Ricarvy Irawan ini.
Beliau dahulunya mempunyai 18 buah gerai burger sambil menjual kad tambah nilai, kerepek pisang salai dan pelbagai lagi. Namun semuanya lingkup pada tahun 1998. Semua pinjamannya di bank dia tak mampu nak bayar.
Sejak itu, beliau bangkit dan memutuskan untuk berhijrah dan beristiqamah ke jalan Allah dan pergi untuk menuntut ilmi agama. Ricky akhirnya telah membuat keputusan untuk bergabung dengan komuniti Pemuda Hijrah dan mengabdikan diri di Masjid Al-Lathief Jalan Suren, Kota Bandung.
“Saya lagi merasa ditenggelamkan oleh Allah. Sudah terlalu banyak dosa. Saya mengabdikan diri di Masjid,” ungkapnya dipetik laporan Detik.com.
Kini beliau telah membuka satu gerai makanan bergerak atau kita panggil “food truck” yang menyediakan lebih daripada 15 jenis makanan. Gerainya pula berkonsep islamik iaitu mana-mana pelanggan yang membaca dua juzuk Al-Quran akan diberi makan secara percuma.
Menurut Ricky, kebiasaannya pengunjung yang membaca dua juzuk Quran tersebut boleh menghabiskannya dalam masa sejam. Namun, ada juga mereka yang datang mengaji tetapi tetap membayar hidangan yang telah dimakan oleh mereka.
Beliau berharap ini jalan yang terbaik baginya untuk berdakwah dan bersedekah.
via sumber
0 Comments