Beg tangan ini dilelong pada harga AS$300,168 (RM1.23 Juta) kini mencatat rekod bagi beg tangan paling mahal di dunia.
Beg tangan tersebut dijual dalam satu acara lelongan di Hong Kong.
Beg tangan Hermes daripada koleksi ‘Himalayan Nilo Crocodile Birkin’ ini bersalut 245 berlian dan dihasilkan daripada kulit buaya albino asli. Bahagian pemegangnya pula disaluti emas 18 karat.
Harga beg tangan ini telah mengalahkan rekod tahun lepas daripada jenama yang sama, di mana ia dijual pada harga AS$222,912 (RM920,705).
Sumber: Mynewshub
via sumber
0 Comments