Sri Hartatik, 47, turut menulis kitab sucinya sendiri berdasarkan wahyu yang didakwanya disampaikan tuhan melalui Jibrail.
Wanita itu mendakwa kitab sucinya yang dinamakan Alkitab Na’sum adalah pelengkap kepada semua kitab suci yang pernah diturunkan tuhan sebelum ini.
Sri berkata, dia menerima banyak wahyu dari tuhan termasuk yang mengarahkannya bersolat menghadap ke timur bukannya arah kiblat.
SRI (kiri) bersama suaminya menunjukkan kitab suci yang didakwanya wahyu dari tuhan. |
“Saya menerima seruan untuk mengubah arah kiblat bagi orang yang menerima petunjuk dan sayalah orang yang menerima petunjuk itu,” katanya.
Menurutnya, dia sedar dirinya dilantik sebagai rasul apabila mendengar bisikan yang didakwanya dari Jibrail selepas sembuh daripada satu penyakit pada 2013.
“Selama tiga tahun saya mendengar bisikan ini dan menulisnya menjadi kitab suci,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pekalongan, Abu Bahro menegaskan ajaran yang dibawa oleh wanita itu jauh menyimpang daripada Islam.
“Pasangan ini mendakwa beragama Islam tetapi ibadah dan amalan mereka tidak menunjukkan mereka beragama Islam.
“Saya sedang mengumpul ulama dalam MUI bagi membincangkan ajaran yang dibawa ini dan seterusnya mengeluarkan fatwa mengenainya,” katanya. - Agensi
Rujukan: HarianMetro
via sumber
0 Comments