Sinchew Daily melaporkan ejen berkenaan memanfaatkan media sosial untuk merekrut suri rumah tangga atau wanita bujang yang berumur antara 18 hingga 28 tahun untuk menjadi penderma ovum.
Mereka yang berjaya mendermakan ovum akan menerima RM4,500 sebagai 'ganjaran zat' atas pengorbanan mereka dalam menghabiskan tenaga dan masa.
Hiasan |
Walaupun niat menderma ovum adalah untuk membantu pasangan yang mandul, tetapi ia turut dijadikan cara mengaut untung oleh pihak tertentu.
Walaupun ia tidak melanggar undang-undang, tetapi isu moral dan etika telah ditimbulkan.
Menurut ejen yang dihubungi, kumpulan pendermaan ovum mempunyai rangkaian di Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Bahru dengan doktor yang menyediakan pemeriksaan secara percuma.
Perunding profesional pula akan menjelaskan proses pendermaan ovum secara menyeluruh.
Ejen itu berkata, pendermaan ovum adalah sah dari segi undang-undang tetapi ia tidak diiklankan secara terbuka kerana penganut agama Islam tidak dibenarkan mengandung menggunakan ovum orang lain.
Katanya lagi, wanita yang bersetuju menderma ovum akan melalui pemeriksaan kesihatan, darah dan ovum oleh doktor secara percuma.
"Sekiranya penderma menyesal untuk derma ovum selepas terpilih oleh pasangan yang mandul, maka mereka perlu membayar kos pemeriksaan kesihatan berkenaan," katanya.
Jika disahkan sesuai untuk menderma, maka ejen akan mengambil gambar mereka untuk dipilih oleh pasangan yang mandul.
Sekiranya terpilih pula, suntikan akan dilakukan selama 10 hingga 12 hari supaya ovum dapat dihasilkan dan diambil untuk proses seterusnya.
Ejen menegaskan proses tersebut dijalankan oleh doktor pakar dan bukannya doktor biasa.
Rujukan: Malaysiagazette
via sumber
0 Comments