Lelaki Warga Britain Cabul 200 Kanak-Kanak Malaysia, Hasilkan Puluhan Ribu Bahan Lucah

Seorang pedofil warga Britain berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah dalam satu siri serangan seks ke atas kanak-kanak di Malaysia.
Richard Huckle, 30, dari Ashford di Kent mengakui mengambil gambar dan video mangsa yang dicabulnya sebelum memuat naik ke laman web.

Aktiviti tidak bermoral itu dilakukannya terhadap kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun sejak 2006 hingga 2014.

Huckle mendekati kanak-kanak di Kuala Lumpur dengan menyamar sebagai guru bahasa Inggeris yang membuat kebajikan.


Dalam pengakuan bersalahnya, 23 kanak-kanak daripada keluarga Kristian miskin dikenal pasti walaupun Huckle dipercayai mendera sehingga 200 kanak-kanak.

Beliau melawat Malaysia buat kali pertama ketika berusia 18 atau 19 tahun dan mendekati kanak-kanak ketika melakukan kerja sukarela.

Pihak penyiasat menemui lebih 20,000 imej lucah di dalam komputernya selain catatan mengenai serangan yang dilakukannya serta sebuah buku panduan yang ditulisnya bertajuk "Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide"
Butiran grafik berdozen-dozen kesalahan seksual Richard muncul buat julung kalinya ketika sesi pendengaran hukuman bermula di London semalam.

Dia didakwa dengan 91 pertuduhan termasuk serangan seksual ke atas 23 kanak-kanak di Kuala Lumpur di mana dia pernah menjadi guru bahasa Inggeris.

Menurut pendakwaraya, Brian O'Neill, gambar terbabit telah dimuat naik di laman web dan sering dikongsi dengan pedofil yang lain.
“Imej penderaan kanak-kanak itu pasti sudah dikongsi bersama pedofil-pedofil lain dan menjadi subjek yang tidak dapat dikawal penyebarannya di seluruh dunia,” katanya.

Huckle ditahan di Lapangan Terbang Gatwick pada Disember 2014 ketika dia pulang dari Malaysia untuk bercuti musim Krismas .

Rujukan: Says.com

via sumber

Post a Comment

0 Comments