Padah Guna Apps Camera 360

Oleh Ezaura Rafe. Sumber Amazonhubs

Sosial media merupakan tempat dimana senang untuk mencari teman istimewa, tetapi jangan terlalu yakin untuk mempercayainya bulat-bulat. Ini kerana terdapat 1 kisah antara 1 pasangan kekasih yang berkenalan di alam maya, tetapi hancur hatinya di tengah jalan..

Seorang lelaki di Bandung dipercayai telah menghabiskan wangnya semata-mata untuk bertemu wanita yang dikenali di alam maya.
Namun alangkah terkejutnya lelaki ini apabila menyaksikan rupa sebenar wanita itu sewaktu kali pertama berjumpa dengannya. Ianya sama sekali tidak sama dengan gambar yang dilihat lelaki itu.

Mereka dikatakan berkenalan di Wechat sejak sebulan sebelum mereka bertemu, Si lelaki bernama Sandi datang dari Jakarta, manakala wanita bernama Zevina dari bandung. Sandi terpikat dengan Zevina kerana wajahnya yang putih dan matanya yang bulat. Apabila Sandi memutuskan untuk berjumpa dengan Zevina, dia telah menghabiskan duitnya untuk terbang ke bandung, dan tinggal di hotel tetapi semuanya hancur gara-gara rupa wanita pujaan hatinya itu tidak sama seperti yang dilihat dalam gambar.

lelaki wanita

Sebelum berkenalan dengan seseorang tu, pastikan anda berjumpa untuk pastikan orang itu benar-benar wujud..



via sumber

Post a Comment

0 Comments