Pelajar Malaysia Pertama, Dapat Kepujian Kelas Pertama Universiti Di Jordan

puteri

Puteri Sollehah telah mengharumkan nama negara apabila dia berjaya memperoleh keputusan Kepujian Kelas Pertama dalam jurusan perubatan di Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST).

Kemampuannya untuk meraih keputusan cemerlang bukanlah satu benda yang mengejutkan kerana sebelum ini dia pernah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysai (SPM).

“Kejayaan Puteri Sollehah diharap menjadi perangsang pelajar di dalam dan luar negara mencapai yang terbaik dalam pelajaran.

“Kami sekeluarga gembira dengan kejayaan berkenaan dan berdoa Puteri Sollehah dapat menggapai cita-citanya menjadi doktor pakar dalam perubatan forensik suatu hari kelak,” kata ibunya, Raja Zarina Othman kepada Harian Metro.

Menurut Atase Pendidikan (Education Malaysia Jordan) Kamarulzaman Mustappa, Puteri Solellah antara empat graduan dari Malaysia mendapat keputusan cemerlang di konvokesyen universiti terbabit.

Sebelum ini, tiada pelajar Malaysia yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan Kepujian Kelas Pertama dalam bidang perubatan di universiti itu.

Kami pun tumpang bangga dengan kejayaan Puteri Sollehah ini, tahniah dek!

Rakyat Malaysia (pelajar Melayu) pertama mendapat First Class Honest dalam Perubatan (Medicine), dan mendapat markah tertinggi di konvokesyen Jordan University of Science & Technology

Sumber: Harian Metro

via sumber

Post a Comment

0 Comments