Tromso di bahagian utara Norway. |
Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Kajian Eropah (ECFR) semasa membuat pengumuman bermulanya bulan Ramadan di benua itu.
Di beberapa negara, terutamanya kawasan Nordik, tempoh berpuasa boleh mencecah hampir 22 jam sehari.
Oleh itu, ECFR berharap para penduduk yang berpuasa di kawasan-kawasan sedemikian dapat mengubah suai tempoh berpuasa dengan merujuk kepada hari yang mana waktu siang dan malamnya sama panjang.
Fatwa lain yang dikeluarkan ECFR termasuk waktu bersahur dan bersolat, dengan merujuk kepada beberapa wilayah Eropah yang sepanjang bulan April hingga Jun, waktu untuk bersolat Maghrib, Isyak dan Subuh amat singkat memandangkan matahari muncul terlalu lama.
ISYAK DAN TERAWIH BOLEH DIJAMAK
Maka, dalam keadaan sedemikian, tempoh bersahur boleh dilambatkan sehingga tempoh sejam sebelum matahari benar-benar terbit.
“Solat maghrib, isyak dan terawih boleh dijamak dalam satu waktu apabila penanda waktunya tidak jelas,” menurut kenyataan ECFR lagi.
Solat zuhur dan asar pula tidak boleh dijamak memandangkan batasan waktunya amat jelas.
Isu tempoh berpuasa ini adalah penting kerana kebanyakan umat Islam di dunia menahan lapar dan dahaga rata-rata 12 jam sehari.
BAYANGKAN JIKA BERPUASA 24 JAM
Manakala umat Islam yang menetap di Kota Tromso, Norway harus terpaksa berpuasa hampir 24 jam. Di negara itu, matahari tetap menerangi bumi meskipun sudah tengah malam.
Tahun lalu, waktu Imsak di Britain bermula pada pukul 2.18 pagi sedangkan waktu maghrib baru masuk pada pukul 9.22 malam.
Ulama yang juga merupakan anggota ECFR, Usama Hasan, sudah lama mengusulkan agar tempoh berpuasa bagi umat Islam di utara Eropah diberi fatwa khusus.
Ia bertujuan memudahkan kanak-kanak yang baru berjinak-jinak hendak berpuasa supaya tidak terasa terbeban untuk menjalankan perintah agama.
“Saya fikir sudah tiba masanya para ulama berhimpun bagi menentukan tempoh puasa yang lebih sederhana bagi umat Islam di bahagian utara dunia,” tegas Usama.
ECFR adalah sebuah pertubuhan cendekiawan Islam yang berpangkalan di Irlandia, Dublin dan yang diterajui oleh Setiausaha Jeneral Syeikh Halawa.
Rujukan: Merdeka.com/nk
via sumber
0 Comments