Sepasang suami isteri di Bali, Indonesia terpaksa membawa pulang mayat batu mereka dengan hanya menggunakan motosikal disebabkan terlalu miskin dan tidak mampu membayar kos pengangkutan ambulans hospital.
Mayat bayi terbabit digendong di riba ibunya sepanjang perjalanan ke rumah mereka di Banjar Yeh Kori, Karengasem yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. - Laman portal berita JPNN.com
Pasangan terbabit perlu membayar Rp1 juta (Rm304.39) sekiranya mahu menggunakan kereta jenazah untuk membawa mayat anak mereka pulang.
Bayi pasangan petani dari Karangasem, Wayan Sujana, 45, dan Wayan Sari, 40, meninggal dunia setelah menjalani pembedahan di hospital di Denpasar.
Bayi lelaki tersebut, yang merupakan anak ketiga mereka, meninggal dunia akibat sesak nafas setelah dirawat di hospital selama 45 hari.
Rujukan: SinarHarian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments