Gadis Miliki Diploma Pilih Jadi Pencuci Tandas

Subang: “Biarlah orang nak mengata, saya tak patah semangat kerana saya suka jadi ‘cleaner’ (tukang cuci),” itu kata Ain Farhana Abdul Aziz, 23, graduan Diploma Geomatik Universiti Teknologi MARA (UiTM) berhubung kisahnya bekerja sebagai tukang cuci bersama ibunya yang sebelum ini viral di media sosial sejak kelmarin.
PEMBANTU Teknikal Rapid Rail, Ain Farhana Abdul Aziz, 23 (dari kanan) bersama ibunya Penyelia Tukang Cuci, Che Zubaidah Che Ismail, 58 ketika temubual bersama wartawan di Subang Depoh Rapid Rail Sdn Bhd. FOTO Nurul Shafina Jemenon
Biarpun tindakannya itu menjadi inspirasi segelintir generasi muda apabila ditawarkan pekerjaan tetap, namun sebelum itu dia menerima pelbagai tohmahan sesetengah pihak hanya kerana menjadi tukang cuci selepas tamat pengajian.

Tindakannya berhenti kerja sebagai pembantu teknikal di sebuah syarikat di Damansara juga mendapat kritikan kerana dikatakan sebagai merugikan.

Ain yang bekerja sebagai tukang cuci bersama ibunya selepas tamat pengajian April tahun lalu mengakui dia tidak boleh bertahan lama dengan pekerjaan baru di Damansara sebelum kembali menjadi tukang cuci di Rapid Rail Sdn Bhd, Depoh Subang sebulan kemudian.

Rujukan: HarianMetro


Cerita disebalik gadis pencuci tandas:

"Sebelum bekerja sebagai pembantu teknikal disini, saya bekerja sebagai pekerja pembersihan (cleaner) bersama ibu. Dalam sebulan saya boleh mendapat kira-kira RM900. Saya sering dilemparkan dengan komen negatif oleh rakan-rakan yang memberitahu bahawa saya tidak patut bekerja disini. Terutamanya apabila saya baru sahaja memperolehi Diploma Geomatik dalam bidang Sains (Geographical Information System) daripada UiTM Seri Iskandar, Perak.

Kemudian baru saya ditawarkan bekerja di Damansara sebagai Pembantu Teknikal untuk syarikat Acoustics. Saya bekerja disana kira-kira selama sebulan dan apabila mahu berhenti, majikan tidak membenarkan saya untuk berbuat demikian. Kata beliau, tarikh lahir saya padan dengan Feng Shui syarikat tersebut. Beliau sampai memberi tawaran untuk mendapatkankan saya sebuah kereta dan memberi sebarang amaun gaji yang saya minta. Masalahnya, saya tidak mempunyai mentor untuk belajar tentang kerja disitu. Dan kita tidak akan ikhlas untuk bekerja jika kita tidak gembira dengan keadaan dan tuntutan kerja di sesuatu tempat itu. Jadi, saya menolak kerja tersebut dan kembali menjadi cleaner di RapidKL.

Semua bos disitu terkejut apabila seorang graduan universiti bekerja sebagai cleaner – menyapu lantai, mencuci tandas dan mengutip sampah. Tetapi anda lihat, jika ibu saya boleh melakukan kerja jenis ini untuk hidup, apa yang buat anda fikir anda tidak boleh? Sekurang-kurangnya saya merasa apa yang ibu saya lalui setiap hari dalam dunia pekerjaannya bagi memberikan saya pendidikan sehingga ke universiti.

Suatu hari ibu saya datang kepada saya dan berkata bahawa bos mahu saya terus bekerja di sini. Saya pergi menjalani temuduga tersebut, dan saya bertuah dan amat bersyukur menjadi Pembantu Teknikal, di sini hari ini . Saya bekerja dalam pentadbiran yang mengendalikan kerja-kerja penambahbaikan berat dan ringan kereta api, dan merupakan peralihan lengkap dari belajar GPS dan satelit, serta perlu mengetahui alatan seperti break caliper, mesin-mesin, PCU (Passenger Communications Unit), EHU, dan juga memegang sepana!

Saya mempunyai rakan-rakan dalam senarai anugerah dekan dan pelajar cemerlang, namun kesemuanya masih belum mendapat pekerjaan. Mereka sentiasa bertanyakan saya bagaimana saya mendapat kerja tersebut. Selain daripada rahmat Tuhan, ia benar-benar bergantung kepada usaha dan kesanggupan untuk belajar. Anda perlu keluar dari zon selesa anda dan teruskan pencarian. Anda perlu menyesuaikan diri dengan situasi, persekitaran dan orang-orang baru."

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments