Isteri Kedua Pelakon Ditahan Suspek Sindiket Penyeludupan Manusia

KUALA LUMPUR: Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly, adalah antara yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber berkata, Nor Shahida ditahan di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa lalu dalam operasi khas polis jam 4.30 petang.

Wanita itu sebelum ini pernah bertugas sebagai Penyelia Gred 27 di Kaunter Imigresen KLIA sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya, susulan kenaikan gred kepada 32.
ISTERI kedua pelakon, Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly, antara penjawat awam yang ditahan untuk siasatan polis berhubung kemasukan warga asing.


Selain wanita terbabit, dua kakitangan Imigresen yang pernah bertugas bersamanya di KLIA, turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama.

Sementara itu, Adi Putra atau nama sebenarnya Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 35, ketika dihubungi untuk mengulas perkembangan terkini membabitkan isterinya itu, berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi menerusi mesej WhatsApp, semalam.

Adi bernikah dengan Nor Shahida, 33, pada 20 Jun lalu.

Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Rujukan: BeritaHarian

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments