VALLETTA: Sebuah pesawat yang dirampas dari Libya mendarat di pulau Mediterranean di Malta, hari ini bersama 118 orang, termasuk tujuh kru, kata Perdana Menterinya, Joseph Muscat dan sumber kerajaan.
Pesawat Airbus A320 itu dalam laluan domestik di Libya dikendalikan Afriqiyah Airways dari Sabha di selatan ke ibu kota Tripoli, namun dilencong semula.
"Pesawat Afriqiyah dari Sabha ke Tripoli dilencong dan mendarat di Malta. Perkhidmatan keselamatan sedang menyelaraskan operasi," kata Muscat di Twitter.
Lapangan Terbang Antarabangsa Malta (MIA) menulis tweet: "MIA mengesahkan ada gangguan tidak mengikut undang-undang di lapangan terbang. Pasukan kecemasan sedang dihantar."
Pesawat dilihat di atas landasan dan dikelilingi kenderaan tentera. Berikutan itu, semua penerbangan lain dibatalkan.
Sumber kerajaan Malta berkata, seorang perampas berada dalam pesawat dan memberitahu kru yang dia memiliki bom tangan.
Perampas juga dikatakan memberitahu akan membebaskan penumpang jika tuntutannya diterima. - AFP
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments