Kucing bernama Monk ini memiliki taring yang panjang seperti drakula.
Pada asalnya, Monk dinamakan Monkey kerana dia terlalu aktif berlari, melompat dan memanjat ke sana sini.
Monk tinggal bersama tuannya, Nicole D. Rienzie di Long Island, New York.
Taring Monk mula tumbuh ketika usianya mencecah setahun. Walaupun memiliki taring yang lebih panjang dari kucing-kucing normal lain, Monk tidak pernah mengalami masalah ketika makan, minum dan mandi.
Lihat kecomelan Monk menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh Nicole di akaun Instagram Monk; @monkandbean
Sumber: Dido
0 Comments