Gadis bomba viral

ANGGOTA bomba wanita, Nor Maisarah Ibrahim, 27, bertugas masa kebakaran Pasar Besar Seremban pada 9 September lalu. - Foto Ihsan Pembaca

SEREMBAN: Ketangkasan beberapa anggota bomba wanita yang menyertai operasi memadam kebakaran di Pasar Besar Seremban, Ahad lalu, menarik perhatian ramai sehingga menjadi viral di laman sosial.

Antara gambar yang tersebar adalah aksi mereka mengangkat gelung hos air dan berehat di hadapan jentera bomba berhampiran bangunan dua tingkat yang terbakar itu.

ANGGOTA bomba wanita, Nor Siti Norhaliza Zakaria, 19, bertugas masa kebakaran Pasar Besar Seremban pada 9 September lalu. - Foto Ihsan Pembaca

Seorang daripada mereka, Pegawai Bomba Nor Maisarah Ibrahim, 27, ketika ditemui BH di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, di sini, hari ini, berkata beliau tidak menyangka gambar terbabit menjadi viral.

"Kami hanya melakukan tugas biasa, sama seperti ketika menyertai operasi yang lain, namun mungkin kali ini kebetulan menjadi viral disebabkan skala kebakaran itu sendiri yang mendapat perhatian ramai," katanya yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau yang pernah menjadi jururawat selama tiga tahun, memulakan khidmat dalam pasukan bomba, April lalu kerana meminati cabaran dan aktiviti lasak.

ANGGOTA bomba wanita, Nor Maisarah Ibrahim, 27, bertugas masa kebakaran Pasar Besar Seremban pada 9 September lalu. - Foto Ihsan Pembaca

Nor Maisarah menyifatkan bekerja dalam kalangan anggota lelaki tidak sedikit pun melemahkan semangatnya, sebaliknya keadaan itu menaikkan motivasinya untuk lebih cemerlang dalam tugas.

Sementara itu, Siti Norhaliza Zakaria, 19, yang berasal dari Besut, Terengganu, berkata beliau agak terkejut dan segan apabila menyedari gambar itu menjadi viral.

"Saya sebenarnya tidak biasa dengan keadaan ini, tapi tidak kisah kerana melihatnya dari sudut positif iaitu peluang untuk kami menunjukkan kepada orang ramai kemampuan anggota wanita, seterusnya menarik lebih ramai wanita menyertai pasukan," katanya.

Dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 7 malam Ahad lalu, 90 peratus bahagian tingkat satu pasar berkenaan, yang dibina pada tahun 1975, musnah.

Bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke tingkat bawah serta bangunan berhampiran.

ANGGOTA bomba wanita, Nor Maisarah Ibrahim, 27 (kanan) dan Siti Norhaliza Zakaria, 19, bertugas masa kebakaran Pasar Besar Seremban pada 9 September lalu. - Foto Ihsan Pembaca



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments