iPhone X dilancarkan, reaksi pasaran saham hambar

CUPERTINO, California: Apple Inc memperkenalkan telefon mudah alih terbaru iPhone X.

Peranti yang diperbuat daripada kaca dan keluli tahan karat dengan skrin pemapar 'edge-to-edge' itu diperkenalkan Ketua Eksekutif Tim Cook yang merujuknya sebagai 'lonjakan terbesar ke hadapan sejak iPhone pertama'.

Pelancaran itu hanya membuat kejutan kecil, dengan perincian model itu sudah pun dibocorkan di internet dengan begitu tepat sekali.

Bagaimanapun, pada harga AS$999 seunit, harga iPhone X dilihat sebagai tinggi.

Pelabur dan peminat melihat pelancaran baharu pada ulang tahun ke-10 iPhone sebagai peluang bagi Apple menyegarkan kembali barisan telefon pintar yang kini di belakang dalam persaingan.

Pendapatan syarikat itu tahun lalu susut apabila ramai pelanggan menolak iPhone 7 kerana disifatkan sebagai terlalu serupa dengan iPhone 6.

Buat pertama kali, pengguna boleh membuat panggilan dan mengakses internet pada Apple Watch baharu tanpa perlu membawa bersama iPhone.

Ia adalah penambahbaikan utama yang diramalkan penganalisis dapat menggandakan jualan.

IPhone X boleh dicaj tanpa perlu penyambungan sumber elektrik, kamera inframerah dan menggunakan muka sebagai pengecaman, demikian antara ciri pada iPhone terbaru itu.

Apple kebiasaannya mula membuat penghantaran produk baharu dalam tempoh seminggu atau dua minggu selepas mengumumkannya.

Bagaimanapun, pasaran saham tidak memberikan reaksi memberangsangkan kepada pelancaran peranti terbaharu itu.

Saham Apple turun 0.4 peratus. - Reuters



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments