Mesti Gagal Dalam ‘Peperiksaan Penceraian’ Untuk Membolehkan Permohonan Cerai Diluluskan

Imej dari vancouversun.com

Pelik tapi benar, di China pasangan suami isteri yang ingin bercerai kini terpaksa menduduki peperiksaan khas.

Seorang hakim dari Mahkamah Rakyat Yibin, di Wilayah Sichuan China baru-baru ini melaksanakan peperiksaan perceraian di mana kedua-dua suami dan isteri mesti gagal untuk membolehkan permohonan cerai mereka diluluskan.

Ini bertujuan untuk membuat pasangan berfikir dua kali sebelum mengakhiri perkahwinan mereka, dan juga memberi mereka kesempatan untuk mengingati masa-masa baik sepanjang mereka bersama.

Peperiksaan ini perlu diambil secara berasingan.

Sekiranya markah yang diperolehi bawah 60 peratus, Wang Shiyu, yang akan menentukan sama ada permohonan perceraian itu diluluskan ataupun tidak. Jika tidak, mereka perlu terus berkahwin, tak kisahlah sama ada mereka suka atau tidak.

Pasangan pertama yang menjalani peperiksaan perceraian Wang Shiyu ini adalah 14 September yang lepas, masing-masing mencatat markah 80 dan 86 peratus. Skor mereka dianggap tinggi, jadi hakim menolak permohonan perceraian mereka dan menasihati agar mereka terus berusaha memperbaiki perkahwinan itu.

Sumber

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments