Sami radikal ketuai serangan Rohingya di Sri Lanka

Image may contain: one or more people, crowd, tree and outdoor

COLOMBO: Sekumpulan sami Buddha radikal menyerang sebuah rumah perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhampiran ibu kota Sri Lanka semalam dan memaksa pihak berkuasa memindahkan mereka, kata pihak berkuasa.

Seorang pegawai polis berkata, serangan diketuai kumpulan sami berpakaian kuning yang bertindak merobohkan pagar dan memanjat dinding bangunan bertingkat itu sambil pelarian ketakutan bersembunyi dalam bilik.

“Kami berjaya menghalang samseng terbabit dan kumpulan pelarian akan dipindahkan ke tempat lebih selamat,” kata pegawai yang enggan dikenali kepada AFP.

Seramai 31 pelarian Rohingya itu diselamatkan tentera laut Sri Lanka Mei lalu selepas ditemui hanyut dalam bot di perairan utara pulau itu.

Pegawai berkata, mereka akhirnya akan ditempatkan semula di negara ketiga dan dibenarkan berada di Sri Lanka sementara menunggu dokumen diproses.

Sementara itu, serangan sami terbabit dirakam Pasukan Kebangsaan Sinhalese yang radikal ketika dia menggesa orang ramai menyertainya untuk memusnahkan bangunan terbabit.

“Ini pengganas Rohingya yang membunuh sami Buddha di Myanmar,” kata sami itu dalam tulisan secara langsung di Facebook, menuding ke arah seorang wanita Rohingya sedang mengendong anaknya. -AFP

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments