KETIKA dilanda gosip kononnya sudah mempunyai teman wanita, timbul pula isu baharu apabila tersebarnya sekeping gambar Aiman Tino sedang memeluk erat seorang gadis.
Gambar itu menampakkan seolah-olah kepala gadis tersebut sedang lentok bersandar di dada penyanyi berusia 19 tahun itu.
Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri dalam reaksinya bagaimanapun menepis tuduhan berkenaan sebaliknya berkata kedudukan kamera yang merakamkan gambar mereka menampakkan seolah-olah dia sedang memeluk gadis itu.
“Saya harap peminat atau mana-mana pihak tidak salah faham atau buat andaian sendiri apabila melihat gambar tersebut.
“Memang saya mengaku lelaki dalam gambar tersebut adalah saya dan Syarana. Tapi sejujurnya saya tak peluk dia.
“Mungkin sisi kamera yang menampakkan sea-akan saya memeluknya,” kata Aiman ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Bagaimanapun, Aiman berkata dia dan gadis tersebut hanyalah kenalan lama dan mereka tidak mempunyai hubungan istimewa.
Malah, dia terkejut apabila diberitahu gambar mereka sudah tersebar di Internet sedangkan ia sudah lama dirakamkan.
“Saya dan Syarana sudah lama berkawan. Antara kami memang tidak ada apa-apa hubungan istimewa.
“Tapi yang saya terkejut, macam mana ia boleh tersebar sedangkan gambar itu sudah lama,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aiman berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan dan akan mengehadkan pergaulan dengan orang luar.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin sebab saya terlalu peramah dan mudah berkawan, takut orang salah faham sahaja,” katanya.
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments