4 Tips Mencantikkan Kuku Anda Secara Semulajadi

Imej dari onedio

Nak nampak cantik bukan hanya fokus pada bahagian wajah dan tubuh badan sahaja. Kecantikkan dan kebersihan kuku tangan dan kuku kaki juga perlu diambil kira. Yelah, penampilan yang cantik, kemas serta bersih amat penting dalam meningkatkan keyakinan dalam diri.

Ini antara cara mudah untuk memiliki kuku sihat dan putih tanpa perlu berbelanja banyak, buat kat rumah gitu.

Limau Nipis

Belah dua limau nipis. Gosok kat  kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air. 

Bawang Putih

Kupas bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk bawang putih tu sampai lumat dan gosok pada kuku. Kemudian bilas sehingga bersih. Kuku anda akan nampak lebih sihat dan serta berkilat. Bawang putih mampi mengatasi masalah kuku mudah rapuh.

Lemon

Lemon mengandungi vitamin C yang tinggi, ia mampu menjadi kuku lebih sihat, cantik dan berkilat. Sapukan hirisan lemon pada kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas. Lemon dapat membantu mengatasi masalah kuku kuning.

Kulit Tembikai

Gosok kulit buah tembikai pada kuku anda. Biarkan ia mengering terlebih dahulu. Kemudian, cuci dengan air sehingga bersih.

Selamat mencuba!

Sumber: EH!

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments