Anggota polis Bahrain cedera diserang militan

DUBAI: Beberapa anggota polis Bahrain cedera selepas sekumpulan militan menyerang bas yang mereka naiki berhampiran Jidhafs, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Manama.

Kementerian Dalam Negeri dalam mesej di Twitter berkata, serangan terbabit menyasarkan bas itu ketika ia melalui lebuh raya Khalifa bin Salman.

"Langkah sewajarnya sudah diambil," katanya tanpa mendedahkan butiran lanjut kejadian itu.

Insiden berkenaan adalah siri serangan terbaharu yang menyasarkan anggota polis di negara sekutu barat itu, yang turut menempatkan Armada Kelima tentera Amerika Syarikat.

Kerajaan Bahrain menuduh serangan itu didalangi kumpulan militan Syiah yang mendapat sokongan Iran, bertujuan menggugat kestabilan negara berkenaan, namun Tehran menafikan dakwaan berkenaan.

Awal bulan ini, lima anggota polis cedera dalam insiden letupan di Budaiya berhampiran Manama, ketika mereka sedang mengawal perarakan golongan Syiah sempena sambutan Ashura. - Reuters



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments