Guna Daun Hasilkan Gaun Dan Hasilnya Mengagumkan

Empat orang pelajar dari jurusan sains dan bioteknologi telah menghasilkan sehelai gaun menggunakan daun.

Pelajar tahun dua dari Universiti Hefei di China ini telah menggunakan hampir 6000 daun serta benang untuk menyiapkan gaun ini.

Idea tercetus ketika mereka memerah otak untuk menghasikan sesuatu bagi pertandingan tahunan universiti, Spesimen Haiwan dan Tumbuhan.

Selepas meneliti cara terbaik untuk menggunakan daun sebagai kain dan design untuk baju tersebut, mereka mula mengumpul daun-daun di kampus.

Sesetengah spesis daun seperti daun magnolia pula terpaksa dikutip di Gunung Tianzhu.

Biarpun terpaksa menunggu lama, selama 6 bulan namun hasilnya memuaskan hati mereka kerana dapat mempamerkan gaun tersebut pada orang ramai.

Sumber

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments