Jawatankuasa bantu mangsa banjir

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memantau rapi keadaan cuaca buruk dan kerosakan yang disebabkan kesan daripada ribut tropika Lan di Pantai Barat Sabah.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri dan jawatankuasa peringkat daerah telah diaktifkan untuk membantu mereka yang terjejas termasuk mangsa banjir di beberapa kawasan.

"Ia salah satu kejadian ribut paling teruk dialami di negeri ini dalam tempoh yang panjang.

"Saya sedar banyak kerosakan disebabkan angin kencang, termasuk bumbung yang diterbangkan angin dan pokok tumbang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Musa berkata, pihak berkuasa yang berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan giat memantau dan mengemas kini maklumat disalurkan orang ramai termasuk melalui media sosial.

"Saya juga mengingatkan orang ramai terutama kanak-kanak supaya tidak berada di luar ketika cuaca buruk dan sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya perlu berpindah ke kawasan lebih selamat," katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments