TAIPING: Seorang lelaki lembam terpaksa menahan kesakitan selama 14 jam selepas kemaluannya membengkak akibat tersangkut pada mulut botol air mineral 1.5 liter sejak malam Ahad.
Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa yang berusia 29 tahun berusaha untuk mengeluarkan kemaluannya daripada mulut botol tersebut namun gagal berbuat demikian.
Mangsa kemudian mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital Taiping pada sekitar jam 10.30 pagi ini (Isnin) bagi mendapatkan rawatan.
Difahamkan, isteri mangsa memasukkan kemaluan lelaki kelainan upaya itu ke dalam botol mineral tersebut bagi memudahkan dia membuang air kecil.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Izuan Che Ibrahim berkata, bomba menerima panggilan daripada pihak hospital pada pukul 11.27 pagi ini.
Katanya, pihaknya dipanggil untuk melakukan khidmat khas itu bagi memotong bahagian hujung penutup botol air mineral yang dipercayai tersangkut pada alat sulit lelaki berkenaan.
“Setibanya kami di hospital, kami mendapati mangsa dalam keadaan berbaring menahan kesakitan dan anggota terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong bahagian atas botol tersebut.
“Anggota melakukan pemotongan dengan berhati-hati agar tidak mendatangkan kecederaan lain kepada mangsa. Ia memakan masa selama setengah jam,” katanya.
Tambah Izuan, mangsa diserahkan kembali kepada pihak hospital dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari. – SUARA PERAK
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments