Pemandu maut, 2 penumpang cedera

IPOH: Seorang daripada tiga lelaki yang cedera dalam kemalangan berdekatan Plaza Tol Ipoh, meninggal dunia ketika dirawat malam tadi.

Muhammad Fahim Fahmi, 21, yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Selangor, meninggal dunia ketika dirawat di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada jam 8 malam.

Dalam kejadian petang semalam, kereta PROTON Persona yang dipandu mangsa merempuh pembahagi jalan dan terbakar ketika dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur.

Dua penumpang kereta itu, yang berusia 21 tahun dan 22 tahun, cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias, berkata dalam kejadian jam 6.35 petang semalam, kereta dipandu mangsa hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian.

"Kereta itu merempuh pembahagi jalan enjinnya terbakar. Ketiga-tiga mangsa dalam kereta itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke HRPB untuk rawatan lanjut.

"Pemandu yang parah disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan, manakala dua penumpang menerima rawatan di hospital sama," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibedah siasat hari ini dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments