KOTA BHARU – Perbuatan seorang pembantu kedai gambar bergelut dengan isteri hingga patah jari hantu kerana tidak diberi wang RM15 untuk membeli rokok akhirnya terbalas dengan hukuman penjara tiga tahun.
Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Muzieakmar Mohamad,30, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikemukakan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Nurul Fatihah Abdullah, 26, iaitu patah jari tengah tangan kiri dalam satu pergelutan di sebuah rumah di Kampung Pasir Tumbuh, di sini pada jam 1.30 petang, 3 September lalu.
Hukumam berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 4 September 2017.
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments