AVIGNON: Seorang wanita British terbunuh, selepas terjatuh dari bot yang terlanggar suar di Sungai Rhone, selatan Perancis malam kelmarin.
Perkhidmatan bomba berkata, mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemui penyelam pada kedalaman enam meter. Lima mangsa lain termasuk seorang warga Britain, turut cedera dalam insiden itu.
Lapan rakan mangsa berusia di antara 20 hingga 30 tahun, masing-masing empat warga Perancis dan British, berada di atas bot sepanjang tujuh meter itu bersama pengendali berusia 50-an ketika terlanggar suar pada jam 10.45 malam kelmarin.
Lima mangsa dibawa ke hospital tempatan selepas insiden itu, dua daripadanya serius. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan.
"Semua orang termasuk mangsa belum dapat disoal kerana berada dalam trauma," kata polis. - AFP
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments