Yusuf Azmi jawab tuduhan PPIM caj 10 peratus

Image may contain: 2 people

“DALAM sepuluh kes, hanya satu atau dua saja yang kita kenakan caj pengurusan kepada mangsa dan itu bergantung kepada budi bicara berdasarkan kes.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita tidak mempunyai dana khusus untuk berurusan dengan along atau kes lain. Caj yang dikenakan juga dipersetujui pengadu. Kita ada kos operasi, pengurusan, termasuk bayaran gaji kakitangan yang bertugas,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi.

Beliau mengulas tular di media sosial mengenai caj sepuluh peratus bagi penyelesaian kes along.

Menurutnya, itu adalah prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aduan dan ia dipersetujui sebelum proses rundingan dengan along dimulakan.

Katanya, dalam kebanyakan kes, tiada caj dikenakan ke atas pengadu mengambil kira kedudukan kewangan, namun ia bergantung kepada hasil rundingan setiap kes.

“Sebagai contoh, ada satu kes di mana pengadu meminjam RM10,000, along tuntut RM100,000 atas alasan kadar bunga dan sebagainya.

“Kita runding dengan along dan capai jalan penyelesaian, kita bayar RM2,000 saja misalnya. Jadi kita bukan caj atas jumlah RM10,000, tapi dikira daripada rundingan akhir RM2,000, bermakna RM200,” katanya kepada Harian Metro.

Yusuf berkata, UTK PPIM mempunyai lebih 30 kakitangan untuk menguruskan puluhan kes setiap hari dan mereka juga memerlukan kos untuk pergerakan dan perbelanjaan ketika berunding dengan along.

Katanya, ada juga kes di luar Kuala Lumpur yang sudah tentu memerlukan belanja perjalanan termasuk minyak dan tol, dan di situlah kos pengurusan yang dikenakan kepada pengadu digunakan.

“Tapi apa yang boleh saya katakan, daripada lebih 1,000 kes yang kita bantu selesaikan pada tahun ini, hanya berapa puluh saja yang kita caj. Ada yang pengadu sendiri nak sedekah, kita terima kerana kita pun bukannya ada duit.

“Banyak rakan perniagaan PPIM juga membantu menyumbang. Ada yang bagi sebulan sekali, ada yang bagi ‘one off’, saya juga ada perniagaan sendiri. Ini yang membantu menggerakkan unit ini,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi sekretariat UTK PPIM di talian 019-9130000 atau 013-220 1565. – Metro

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments