Ahli Parlimen zahir keprihatinan

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat, hari ini menzahirkan rasa dukacita dan simpati atas malapetaka banjir di Pulau Pinang.

Antara ahli parlimen yang memperlihatkan keprihatinan mereka terhadap nasib malang menimpa rakyat adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah.

Turut menzahirkan simpati adalah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) dan Datuk Liang Teck Meng (BN- Simpang Renggam).

Wakil rakyat pembangkang yang turut menyentuh isu banjir Pulau Pinang adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh), Nga Kor Ming (DAP- Taiping), Tan Kok Wai (DAP-Cheras) ; Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).

Sementara itu, Kamalanathan berharap keadaan banjir di Utara Semenanjung terutama Pulau Pinang beransur pulih untuk memudahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) peperiksaan .

"Kita berharap bantuan agensi Kerajaan Persekutuan dapat menyenangkan hati calon untuk menduduki peperiksaan dengan baik selain, mengurangkan beban rakyat menghadapi bencana alam," katanya.

Abu Bakar turut mendoakan keselamatan rakyat yang terjejas banjir selain, meneruskan pemantauan cuaca di Utara Semenajung dan mengemaskini maklumat terbaharu keadaan cuaca.

Teck Meng pula turut yakin Kerajaan Persekutuan tidak akan membiarkan rakyat Pulau Pinang bersendirian mengharung malapetaka banjir melalui penghantaran jentera segera dan bantuan bagi menyelamatkan Pulau Pinang.

"Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya bersama-sama menghulur bantuan kepada rakyat Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Wan Azizah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan bantuan segera jentera bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments