Bapa dibelasah anak sendiri guna gergaji meninggal dunia

Image may contain: house, outdoor and nature

JITRA: Lelaki warga emas yang parah dicederakan anak kandungnya di Kampung Baru Sri Muda, dekat Sungai Korok, di sini, semalam disahkan meninggal dunia awal pagi.

Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67, meninggal dunia jam 1 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, kira-kira 14 jam selepas dibelasah anak lelakinya menggunakan gergaji dan alat penimbang.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, mengesahkan perkara itu selepas menerima makluman mengenai kematian mangsa daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.

“Jenazah mangsa kini sedang menjalani proses bedah siasat dan kes kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, seorang lelaki berusia 28 tahun yang juga penagih, ditahan polis selepas mencederakan ibu dan bapanya menggunakan senjata tajam, menyebabkan kedua-dua mangsa parah.

Hasil ujian saringan awal air kencing kemudian mengesahkan suspek positif dadah jenis ganja.

Polis turut merampas barangan yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu termasuk gergaji dan alat penimbang air untuk membantu siasatan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang cedera dalam kejadian itu masih dirawat di HSB akibat kecederaan yang dialami.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments