Jenazah bapa Pengerusi MPB selamat dikebumi

PETALING JAYA: Jenazah Ismail Awang, bapa Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Tan Sri Ismee Ismail, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira jam 12.45 tengah hari, tadi.

Jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku.

Allahyarham yang berusia 82 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada jam 7.53 malam, semalam akibat serangan jantung.

Solat jenazah jam 11.25 pagi tadi diimamkan sendiri oleh Ismee dengan disertai kira-kira 500 jemaah terdiri daripada ahli keluarga dan saudara, sahabat handai serta kenalan.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

JENAZAH Ismail Awang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, tengah hari tadi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur untuk dikebumikan kira-kira jam 11.45 pagi dengan diiringi kira-kira 200 tetamu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara orang kenamaan yang hadir ke kediaman Allahyarham memberi penghormatan terakhir, pagi tadi.

Ismee yang ditemui, berkata Allahyarham adalah seorang yang tegas namun penyayang.

"Bapa adalah seorang yang garang, kami adik beradik memang takut padanya, ...tapi itu memang cara orang lama mendidik anak.

"Namun dalam masa sama, bapa juga seorang yang penyayang dengan anak-anaknya, ...beliau juga orang yang berjiwa ikhlas membantu orang, dia memang gemar membantu orang lain," kata Ismee, 52, yang juga anak kedua daripada empat beradik.

Allahyarham meninggalkan isteri, Zabedah Abdullah, 70, dan empat orang anak, 15 cucu serta seorang cicit.

PENGERUSI Media Prima Bhd (MPB), Tan Sri Ismee Ismail bersama ahli keluarga menabur bunga mawar di pusara Ismail Awang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, tengah hari tadi. - Foto Mohamad Shahril



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments