Strategi pemasaran di Jepun ini memang pelik tapi unik.
Terbaru, KFC di Jepun telah mengeluarkan satu produk sabun mandi yang menghasilkan bau ayam goreng apabila diletakkan di dalam tab mandi.
Sabun berbentuk peha ayam ini hanya akan diberikan kepada 100 orang bertuah yang dipilih secara rawak menerusi kempen yang dijalankan dari 1- 15 November ini.
Macam biasalah, ada yang suka dan tak suka dengan produk tersebut. Apa-apa pun ia tetap berjaya mencuri perhatian netizen.
Sumber
0 Comments