Pada tahun 1989, keretapi laju Jepun ‘Bullet Train’, Shinkansen, pernah mengalami masalah besar yang mana ia akan menghasilkan bunyi yang sangat kuat setiap kali keluar dari sebuah terowong.
Sekumpulan pasukan jurutera telah ditugaskan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Eiji Nakatsu, selaku ketua pasukan jurutera dan seorang pencinta burung telah menemui solusi yang diilhamkan dari haiwan kegemarannya.
via GIPHY
Nakatsu telah mengubah suai Shinkansen yang sedia ada dengan menjadikan bahagian paruh burung Kingfisher sebagai rujuan untuk bahagian depan atau kepala Bullet Train yang baru.
Kereta api yang direka bentuk semula itu dilancarkan pada tahun 1997 bukan sahaja menyelesaikan masalah bunyi bising, malah kelajuannya jauh lebih pantas dan penggunaan elektrik juga 15% lebih jimat.
Berikut adalah video untuk membantu anda memahami perkara ini dengan lebih baik:
0 Comments