WhatsApp kini boleh padam mesej tersalah hantar

Image may contain: text

WhatsApp akhirnya telah menambah satu fungsi yang sangat dinanti-nantikan penggunanya, padam mesej yang tersalah hantar.

Menerusi fungsi berkenaan, apabila satu-satu mesej tersilap hantar, anda boleh memadamkan mesej tersebut sebelum sempat dibaca oleh penerima dan mesej yang dipadam itu akan digantikan dengan “Mesej Ini Telah Dipadam”.

Menurut WhatsApp, anda dibolehkan memadam mesej yang dihantar dalam tempoh 7 minit sahaja.

Sekiranya teks itu melebihi masa berkenaan, ia tidak boleh dipadam lagi. Untuk memadam mesej yang tersalah hantar itu, sentuh lama pada teks, tetingkap akan terpapar, pilih Delete For Everyone.

Fungsi padam mesej tersalah hantar ini sudah mula ditawarkan secara berperingkat dan anda perlu mengemaskini kepada versi yang terkini. – wiser

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments