KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada saingan Terbuka Bitburger berakhir selepas pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia tewas pada separuh akhir di Jerman, sebentar tadi.
Walaupun Zii Jia turun sebagai pilihan ke-14 namun pemain Denmark, Rasmus Gemke tampak lebih tenang mengawal perlawanan.
Bintang muda Denmark itu memerlukan hanya 33 minit untuk melakar kemenangan 21-11, 21-12 ke atas Zii Jia yang sebelum ini tampil dengan aksi konsisten termasuk ketika menyingkirkan pilihan ketiga dari Perancis, Brice Leverdez di suku akhir.
Apa pun, ia boleh dianggap pencapaian membanggakan buat Zii Jia sejak meraih gelaran pertamanya di peringkat senior dengan menjuarai Siri Antarabangsa Poland, dua bulan lalu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments