3 penyokong calon Presiden Mesir diberkas

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menahan tiga penyokong kuat calon presiden dan bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafik, atas tuduhan menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri Mesir tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan berita penangkapan itu, semalam, yang didedahkan oleh sumber keselamatan.

Bulan lalu, Ahmed mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan itu menentang Presiden Abdel Fattah Al-Sisi, dalam pilihan raya yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Namun, tarikh pengundian masih belum diumumkan.

Ahmed yang juga bekas komander tentera udara dilihat sebagai pencabar terbesar Presiden Abdel Fattah bagi merebut jawatan itu.

Semua yang ditahan adalah anggota parti pimpinan Ahmed, Parti Pergerakan Kebangsaan. - REUTERS



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments